5/26/11

Berita Harian, 25th May 2011


Idea segar, menarik
Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar
fatin@bharian.com.my
2011/05/25

Rekaan Fesyen Ijazah UiTM

APABILA bercakap mengenai industri fesyen tempatan, rekaan diketengahkan tidak hanya menerima sambutan masyarakat tempatan bahkan sanjungan turut dicerminkan bangsa asing dan ia sememangnya satu pencapaian membanggakan.
Perkembangan industri fesyen mampu menarik mata pelancong sekali gus menjana pendapatan ekonomi negara. Justeru, rekaan fesyen harus menarik dan unik.

Untuk itu, generasi berkotak fikiran luas dan kreatif serta inovatif perlu dilahirkan berterusan supaya aliran fesyen mampu sentiasa berada dalam nafas segar, termasuk berbeza dari satu tahap ke tahap berikutnya.

Melihat rekaan yang ditampilkan penuntut ijazah fesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM), ia nyata tidak kurang kehebatan. Menerusi kira-kira 40 koleksi, pelbagai rekaan unik dan memukau dihidupkan menerusi potongan rekaan, pemilihan fabrik dan mainan warna yang cukup memukau hati. Setiap koleksi lahir daripada hasil titik peluh penuntut terbabit sejak enam bulan lalu.

Bertemakan Timur Tengah, siapa menjangka, di usia mereka yang masih muda dalam industri fesyen, pereka muda ini mampu memperlihatkan hasil rekaan, yang tidak boleh dipandang sebelah mata. Kehebatan idea diketengah mampu menghidupkan budaya saing sihat sekali gus memajukan industri fesyen tempatan.

3 comments:

Anonymous said...

yg gmbr besor tu baju sape z?

NF

Anonymous said...

bravoooo!

M

Hello. said...

gmbo beso tu bju Aimi Mursyidah

tq M!