5/3/08

Dr Fadzilah Kamsah








Words of Love

Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan berlemah lembut terhadap wanita.

Jika perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. tanya kenapa dia marah dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah syang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendaat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

*all photos from deviantart

2 comments:

nik erwan roseli said...

hey u , show degree i start at 1pm kat intekam resort shah alam k .. dtg lah tau thanks sgt2 support

Ziepurple said...

ok i hope i'll be there. tgk ade kete ke x ;)